fbpx
Categories
Videos

#KomunitiAWANI: Tuisyen Kasih Beri Peluang Kepada Pelajar B40

Pada 19 Julai 2019, Astro AWANI telah datang membuat liputan untuk Program Tuisyen Kasih anjuran INSAN di Desa Sentosa Fasa II, Bandar Baru Bangi. Liputan tersebut adalah bertujuan untuk slot rancangan #KomunitAWANI , sebuah rancangan berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti dan menampilkan selebriti sebagai pembaca berita.

Initiative for Malaysian Humanitarian (INSAN) merupakan badan nil-laba yang memfokuskan kepada advokasi polisi dan pembangunan sosial terutama kepada DUA kumpulan sasaran iaitu miskin bandar dan orang kelainan upaya (OKU). Ditubuhkan sejak 2015, INSAN digerakkan oleh sekumpulan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bercita-cita untuk menyumbang bakti kepada penduduk Bandar Baru Bangi dan sekitarnya dari segi pemerkayaan sosial, kesedaran sivil, sehinggalah kepada mewujudkan komuniti yang mempunyai minat untuk terlibat langsung dalam sistem bernegara, terutama dalam hal-hal pembentukan dan implementasi polisi di setiap peringkat masyarakat.

INSAN asal mula bergerak di sekitar Kuala Lumpur dengan memfokuskan pada isu gelandangan dan OKU (penglihatan). Pada tahun 2019, INSAN mengambil keputusan untuk memfokuskan sepenuhnya operasi di Bandar Baru Bangi.

Tuisyen Kasih merupakan salah satu cabang daripada keseluruhan fokus INSAN sepanjang tahun 2019. Program ini bertujuan memberi peluang pembelajaran luar kelas kepada anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan dalam beberapa tunas pelajaran teras seperti English, Matematik, Sejarah dan Sains. Jangkaan program ini berlangsung selama 10 bulan sehingga menjelangnya Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.